Teknik Beladiri - Teknik Menangkap Serangan
Serangan yang dilakukan boleh merbahayakan diri kita, dalam situasi yang getir ada perlunya kita melakukan teknik yang lebih selamat dari menepis atau menangkis iaitu menangkap dalam sesetengah seni beladiri memang diajarkan teknik menangkap serangan dari tumbukan dan tendangan.
Biasanya teknik tangkapan dibuat menggunakan tangan untuk menangkap penumbuk atau penendang. Tangan atau kaki musuh ditangkap dengan pantas bagi mematikan gerakan sebelum disusuli dengan serangan balas samada tumbukan ataupun tendangan ke bahagian tertentu.
Bahagian tangan yang akan ditangkap biasanya adalah kawasan pergelangan tangan manakala kaki adalah kawasan pergelangan kaki. Tujuannya adalah untuk memudahkan tangkapan dan memudahkan tindakan menarik atau membaling tangan ataupu kaki ke arah lain bagi menghilangkan kestabilan diri musuh.
Teknik menangkap serangan memerlukan latihan yang cukup bagi mendapatkan hasil tangkapan yang kemas.Tumbukan biasanya akan dituju ke arah muka dan tendangan pula biasanya ke arah perut, dada atau rusuk.
Matikan gerakan musuh dengan menangkap dengan pantas tumbukan atau tendangan seterusnya tarik atau baling tangan atau kaki untuk melakukan serangan balas ke bahagian tertentu musuh seperti muka, rusuk, perut dan sebagainya.
Teknik menangkap serangan musuh untuk tumbukan atau tendangan seharusnya dilakukan dengan berhati-hati kerana kemungkinan akan ada serangan kedua dari tangan atau kaki maka gerakan menangkap perlu disusuli dengan teknik blok jika serangan kedua dilakukan dan dengan pantas anda patahkan serangan kedua itu.
Pelbagai teknik menangkap serangan dari pelbagai seni beladiri yang boleh anda pelajari dan setiap teknik itu haruslah dilatih untuk memahirkan diri dengan teknik itu.
Anda boleh belajar sendiri pelbagai teknik beladiri dari rumah anda hanya 10 minit sehari dengan mendapatkan produk Rahsia Beladiri di bawah ini.
Akan bersambung pada siri akan datang dengan penerangan melalui gambar dan video bagi memudahkan kefahaman anda semua......
Post a Comment