Ads (728x90)

Latest Post

Kesehatan

Tips



Salah satu di antara tanda-tanda besar Qiamat besar ialah binatang yang keluar dari bumi (Dabbah). Apakah binatang itu besar atau kecil? Apakah ia dilahirkan oleh bumi atau lahir dari binatang tertentu?
“…dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami ” – Surah An-Naml : 82

Huraian Ayat di atas :
“Apabila sudah dekat apa yang Kami (Allah) katakan kepada orang-orang kafir itu, yakni tentang adanya hari Qiamat dan menyeksa mereka disebabkan kekufuran mereka, maka Kami keluarkan kepada mereka binatang besar. Binatang itu akan mencakapi mereka dengan kata-kata yang jelas mereka fahami. Binatang itu akan mengejek mereka atau mengatakan malangnya nasib mereka. Binatang itu berkata : “Sebelum aku datang dan kamu tidak percaya bahawa aku akan datang, dan kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah dan hujahNya. Sekarang sudah dekat masanya kehancuran kamu, sudah dekat masanya hari Qiamat dan hari kebangkitan supaya kamu semua menghadap Allah dan Dia akan menyeksa kamu”
Dalam Hadith yang mulia, yang diterima dari Abdullah Bin Amr’ bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesunguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul”
Al-Qurthubi berkata : “Binatang itu akan mencakapi manusia dengan kata-kata yang jelas difahami oleh semua manusia. Suaranya kuat sehingga dapat di dengar oleh semua manusia yang ada di dunia ketika itu, sama ada yang dekat ataupun yang jauh daripadanya”. Binatang itu berkata : “Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami.
” Apa yang dikatakan oleh binatang itu nanti? Al-Suddi berkata: “Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama lain selain Islam tidak benar dan diterima oleh Allah SWT”

PERIHAL DABBAH 
Pelbagai cerita mengenai binatang yang keluar dari bumi itu. Ada yang mengatakan binatang itu panjangnya 60 hasta. Orang yang mencarinya tidak akan menjumpainya manakala orang yang lari daripadanya tidak akan dapat lari daripadanya.
Ibnu Juraij berkata : “Binatang itu kepalanya seperti banteng, matanya seperti mata babi, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti warna harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta”
Namun cerita-cerita ini tidak mudah diterima akal apatah lagi memang tidak terdapat dalam Al-Quran mahupun Hadith RAsulullah SAW. Menurut Imam Al-Razi “Tidak ada dalil dalam Al-Quran mahupun Hadith yang menyebut tentang mereka (Dabbah). Kalau ada disebut dalam Al-Quran atau jelas keterangan dari Rasulullah SAW maka ia boleh diterima pakai. Jika sebaliknya, sumber itu tidak boleh diterima”
Justeru, orang-orang beriman hanya perlu menyakini bahawa binatang itu sememangnya diutuskan ke dunia untuk menunjukkan bukti kepada orang-orang kafir berkenaan kebenaran agama yang diturunkan Allah. Ertinya apa yang telah dijanjikan Allah SWT dan para RasulNya itu benar adanya. Orang mukmin harus menyakini janji Allah itu kerana kedatangannya itu juga menandakan bahawa pintu taubat sudah pasti tertutup.

Post a Comment